NOTIS KENAIKAN HARGA BARANGAN

NOTIS KENAIKAN HARGA BARANGAN

Assalammualaikum,

Kepada Pelanggan Yang Dihormati:

Dengan segala hormatnya pihak syarikat Seribu Dinar Marketing Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan ke atas sokongan anda selama ini. Sehubungan dengan itu,pihak kami ingin mengambil peluang yang ada untuk memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa pihak syarikat terpaksa membuat semakan semula dan menaikkan harga produk-produk tertentu seperti dalam senarai berikut,

PRODUKHARGA ASALHARGA BARU
As Sauda Bijirin
As Sauda Black Seed
RM 10.00 RM 12.00
As Sauda Sabun Hitam
As Sauda Black Soap
RM 6.90 RM 8.90
As Sauda Minuman Sauda
(Botol)
As Sauda Sauda Drink
(Bottle)
RM 12.00 RM 15.00
As Sauda Minuman Sauda "O"
As Sauda Sauda "O" Drink
RM 18.00 RM 20.00
As Sauda Madu Herba
As Sauda Herba Honey
RM 15.00 RM 18.00

Pihak syarikat terpaksa menaikkan harga produk-produk yang tersenarai di atas kerana kenaikan kos-kos berikut:

1. Bahan mentah asas kami khususnya Habbatus Sauda dan bahan-bahan lain merupakan bahan yang diimport dari luar Malaysia. Sejak September 2014 berlaku peningkatan berterusan ke atas harga bahan-bahan mentah dan kini mencecah 3 kali ganda dari harga asal.

2. Kenaikan kadar tukaran mata wang asing memburukkan lagi keadaan dan menambah lagi peningkatan kos ke atas harga bahan-bahan mentah kami yang telah sedia tinggi.

3. Belanja pengurusan, penghantaran, kos buruh dan operasi yang semakin meningkat.

Ingin juga dimaklumkan bahawa harga jualan bagi ‘As Sauda Cuka Epal /Apple Vinegar’ dan ‘As Sauda Minyak Zaitun/ Olive Oil’ juga berkemungkinan mengalami kenaikan. Kami belum berhasrat untuk menyemak semula harga kedua-dua produk ini memandangkan stok dalam simpanan kami masih boleh bertahan.

Namun begitu , makluman tentang kenaikan harga kedua-dua produk ini akan dimaklumkan jika bahan mentah dengan harga terkini sampai kepada kami dan lengkap sebagai produk akhir untuk diedarkan.

Pihak syarikat juga masih berusaha untuk mengekalkan harga produk utama iaitu ‘As Sauda Softgel’ dan ‘As Sauda Minyak Sauda Dara/ Virgin Black Seed Oil’ atas permintaan ramai ejen-ejen dan pelanggan seluruh Malaysia, walaupun tanggungan ke atas peningkatan kos-kos yang disebutkan adalah diluar keupayaan kami.

Oleh yang demikian, pihak syarikat terpaksa membuat perubahan ke atas mata ganjaran tunai pembelian ‘ONLINE’ bagi menampung peningkatan kos ‘As Sauda Softgel’.

Dengan makluman ini, kami dari pihak syarikat memohon jutaan kemaafan dan meminta jasa baik semua pelanggan agar dapat memahami situasi ini dengan lebih jelas.

 * Makluman kepada stokis ,ejen dan pengedar, sila dapatkan maklumat senarai harga baru produk dengan menghubungi Pejabat Urusan.

HAJI MOHAMAD ZAHID,

Pengarah Urusan.

Skrol Ke Atas