Tentang Kami

Seribu Dinar Marketing Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 15hb Januari 2008 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Dengan permulaan modal berbayar sebanyak RM100,000, syarikat kami telah memulakan operasi di premis atau lot kedai 2 tingkat bernombor 41, Jalan Meranti 2B, Seksyen 3 Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang Kali, Selangor, Malaysia, yangmana lokasi premis ini juga merupakan Pejabat Urusan Syarikat.

Pejabat Urusan Syarikat ini berperanan sebagai pusat pengedaran produk-produk sunnah dan kesihatan yang kami hasilkan. Cetusan mewujudkan syarikat-syarikat pengedar dan pengusaha produk sunnah Kumpulan Seribu Dinar ini diilhamkan oleh pengasasnya iaitu Tuan Haji Mohamad Zahid Bin Mohamad Yusoff pada awal tahun 2006. Idea ini direalisasikan atas rasa tanggungjawab memperluas penggunaan dan pengambilan makanan sunnah di kalangan masyarakat Islam masa kini.

Walaupun Seribu Dinar Marketing Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2008, namun operasi perniagaan mula dijalankan menggunakan lesen perniagaan Seribu Dinar Trading memandangkan kekangan rakan kongsi menyediakan modal kerja pada peringkat awal. Pada permulaannya penghasilan produk dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya memenuhi pasaran masyarakat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun atas permintaan yang menggalakkan di kalangan golongan berpendapatan rendah dan pertengahan, syarikat terpaksa menubuhkan sebuah anak syarikat pengeluar yang menjalankan aktiviti pengeluaran dan pembungkusan produk sepenuhnya pada penghujung tahun 2008.

Bermula 1hb Januari 2011, semua operasi dan transaksi perniagaan berkenaan pengedaran dan pembelian bahan mentah dipindahkan sepenuhnya kepada Seribu Dinar Marketing Sdn Bhd secara rasmi.

VISI

Menjadi sebuah organisasi atau syarikat pemprosessan makanan sunnah dan kesihatan yang moden, berkualiti, berteknologi tinggi serta berdaya maju di peringkat nasional dan antarabangsa.

MISI

Memastikan produk-produk sunnah mendapat tempat utama di pasaran dan digunakan oleh semua golongan masyarakat di Malaysia dan menghasilkan produk-produk sunnah dan kesihatan yang asli, berkualiti

Mengeluarkan produk-produk sunnah dan kesihatan yang berpatutan dan mudah didapati oleh semua golongan.

OBJEKTIF

Mempelbagai, menginovasi dan mempertingkat mutu, penghasilan dan penggunaan produk-produk sunnah dan kesihatan supaya ianya lebih fleksibel untuk dijadikan pemakanan berkhasiat bagi semua pengguna.


Skrol Ke Atas